KUALA LUMPUR: Sapura Energy Bhd (SEB) hari ini mengumumkan bahawa Tan Sri Megat Zaharuddin Megat Mohd Nor telah meletak jawatan sebagai pengarah bebas dan bukan eksekutif syarikat itu berkuat kuasa esok.
SEB dalam makluman kepada Bursa Malaysia memberitahu tokoh korporat berusia 73 tahun itu meletak jawatan untuk mengejar kepentingan lain.
Penyedia perkhidmatan minyak dan gas itu menambah beliau juga akan berhenti menjadi pengerusi jawatankuasa pencalonan serta imbuhannya pada 7 Mei.
Baru-baru ini, SEB telah melantik Datuk Mohammad Azlan Abdullah sebagai pengerusi baharu, berkuat kuasa 7 Mei 2022 bagi menggantikan Tan Sri Shamsul Azhar Abbas, yang akan bersara pada tarikh yang sama, apabila mencapai usia 70 tahun.
Permodalan Nasional Bhd, pemegang saham terbesarnya dengan 12.16 peratus kepentingan ekuiti berkata ia menantikan kepimpinan Mohammad Azlan dalam mengemudi SEB melalui proses penstrukturan semula dan pemulihan syarikat.
SEB melaporkan kerugian bersih sebanyak RM8.90 bilion bagi tahun kewangan berakhir 31 Jan 2022 berbanding kerugian bersih berjumlah RM160.87 juta pada tahun sebelumnya.
Pada tahun kewangan 2022, firma berkenaan telah membuat peruntukan untuk rosot nilai muhibah atas penyatuan sebanyak RM3.29 bilion serta peruntukan rosot nilai ke atas hartanah, loji dan peralatan berjumlah RM2.32 bilion.
-- BERNAMA
Bernama
Fri May 06 2022
Sapura Energy Bhd (SEB) hari ini mengumumkan bahawa Tan Sri Megat Zaharuddin Megat Mohd Nor telah meletak jawatan sebagai pengarah bebas dan bukan eksekutif syarikat itu berkuat kuasa esok. - Sumber foto: Sapura Energy Bhd
Lelaki ceroboh, serang anggota di Balai Polis Dato' Keramat cuba rampas submesingan
Cubaan seorang lelaki merampas senjata submesingan jenis HK MP5 milik seorang anggota polis di Balai Dato' Keramat di sini, gagal selepas dia berjaya ditangkap pada pagi Ahad.
Hannah Yeoh ucap tahniah pelantikan Nicol David sebagai Pro-Canselor Heriot-Watt University Malaysia
Menteri Belia dan Sukan Hannah Yeoh merakamkan ucapan tahniah kepada Datuk Nicol David atas pelantikan ratu skuasy negara itu sebagai Pro-Canselor Heriot-Watt University Malaysia.
Serangan udara Israel bunuh 20 orang, cederakan puluhan awam di tengah Gaza
Sekurang-kurangnya 20 orang awam terbunuh dan beberapa yang lain cedera pada Sabtu malam dalam serangan udara ganas Israel yang menyasarkan sebuah kompleks kediaman di utara kem pelarian Nuseirat.
Fahmi kecam tindakan mengugut Teresa Kok
Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil menjelaskan Ahli Parlimen Seputeh, Teresa Kok telah membuat laporan polis berkaitan dakwaan menerima surat ancaman dan dua peluru.
Fahmi mengecam tindakan tersebut dan menyifatkannya cukup memalukan.
"Jangan diugut Ahli-ahli Parlimen kerana mereka adalah suara rakyat," jelasnya.
Fahmi mengecam tindakan tersebut dan menyifatkannya cukup memalukan.
"Jangan diugut Ahli-ahli Parlimen kerana mereka adalah suara rakyat," jelasnya.
OKU didakwa lakukan amang seksual terhadap remaja lelaki
Tertuduh didakwa melakukan perbuatan itu terhadap mangsa berusia 17 tahun di masjid berkenaan pada 2.30 petang, 15 Mac lepas.
Negara pesat membangun Asia Tengah berpotensi jadi rakan kerjasama strategik Malaysia - PM Anwar
Jaringan dengan negara-negara yang sedang pesat membangunkan itu amat penting dalam keadaan dunia yang tidak menentu hari ini.
Eksport mi segera Korea Selatan lepasi AS$100 juta buat julung kali dalam April - Kastam
Eksport mi segera atau "ramyeon" dalam Bahasa Korea mencecah AS$108.6 juta pada April, naik 46.8 peratus dari setahun sebelumnya.
Wai Ching takluk Menara Naza
Pelari menara nombor satu dunia itu jelas berada dalam kelas tersendiri sejak di awal saingan sebelum berjaya menawan menara setinggi 49 tingkat berkenaan.
Lebih 17,000 warga emas meninggal dunia sendirian di rumah
Satu tinjauan terkini oleh Agensi Polis Kebangsaan Jepun (NPA) menunjukkan bahawa 17,034 warga emas yang tinggal bersendirian telah meninggal dunia di rumah di seluruh negara itu.
AWANI Ringkas: Menteri ingatkan jangan ambil tindakan ekstrem
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Megat Zaharuddin letak jawatan dalam lembaga pengarah Sapura Energy
SEB dalam makluman kepada Bursa Malaysia memberitahu tokoh korporat berusia 73 tahun itu meletak jawatan untuk mengejar kepentingan lain.
Pengerusi Felda letak jawatan kerana faktor kesihatan - Tun Mahathir
Megat sebelum ini pernah mengemukakan hasrat untuk melepaskan tangungjawab mentadbir agensi berkenaan.
Sah, Megat Zaharuddin lepas jawatan Pengerusi Felda
Felda berkata Pengerusi baharu bakal diumumkan oleh Menteri Hal Ehwal Ekonomi Datuk Seri Mohamed Azmi Ali.
Tan Sri Mohd Bakke bakal terajui Felda?
Menurut sumber Felda, Mohd Bakke disebut oleh pekerja dalaman Felda sebagai bakal Pengerusi baharu badan itu.
Felda akan terima Pengerusi baharu?
Menurut sumber, satu emel ditulis oleh Megat Zaharuddin dan diedarkan kepada pekerja dalaman Felda menyebut beliau akan meninggalkan badan itu pada 30 Jun 2019.
Pengeluaran tandan buah segar Felda mengatasi purata kebangsaan
Megat Zaharuddin berkata, agensi kerajaan menetapkan sasaran pengeluaran 24 tan sehektar pada asas tahunan untuk industri perladangan.
Felda lantik Othman Omar sebagai pengarah besar mulai 1 Oktober
Pengerusi Felda Tan Sri Megat Zaharuddin Megat Mohd Nor berkata Othman akan menggantikan Datuk Ab Ghani Mohd Ali yang akan bersara selepas berkhidmat dengan agensi kerajaan tersebut selama 37 tahun.
Lantikan pengerusi Felda diharap selesai masalah elaun, hasil peneroka
Pelantikan Tan Sri Megat Zaharuddin Megat Mohd Nor membolehkan FELDA bermesyuarat untuk mencairkan dana yang memerlukan kelulusan ahli lembaga pengarahnya.
Maybank unjur prestasi kewangan lebih baik pada 2017
KDNK Malaysia, Singapura dan Indonesia masing-masing dijangka berkembang 4.4 peratus, 2.5 peratus dan 5.1 peratus, daripada 4.2 peratus, dua peratus dan lima peratus tahun lepas.
Mohaiyani Shamsudin dilantik pengerusi wanita pertama teraju Maybank Investment Bank
Pelantikan itu merupakan sebahagian daripada usaha berterusan Maybank untuk memaksimumkan kepelbagaian lembaga pengarahnya.